Translate

Thursday, April 6, 2017

Tukang rumah perkosa anak perempuan hingga hamil dipenjara 18 tahun

KEMAMAN - Perbuatan durjana seorang tukang rumah memperkosa anak kandungnya berusia 14 tahun sehingga mangsa melahirkan bayi yang kini berusia dua bulan menerima balasannya selepas dia dijatuhi hukuman penjara 18 tahun dan 20 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.
Tertuduh berusia 37 tahun yang menghadapi dua pertuduhan merogol anak perempuan sulungnya itu membuat pengakuan bersalah di hadapan Hakim Badrul Munir Mohd. Hamdy.
Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh didakwa merogol mangsa yang ketika itu berusia 14 tahun di rumah mereka di Ayer Puteh di sini antara pukul 12.30 tengah malam dan 1 pagi pada 7 hingga 20 April 2016.
Bagi pertuduhan kedua pula, dia didakwa mengulangi perbuatan sama terhadap mangsa di lokasi dan waktu sama pada 1 hingga 20 Jun 2016.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sekurang-kurangnya lapan tahun dan tidak melebihi 30 tahun serta minimum 10 sebatan. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment