Translate

Monday, April 3, 2017

Juruaudit bebas didakwa ubah wang haram RM450,347

Oleh MOHD. AZLI ADLAN

KEMAMAN - Seorang juruaudit bebas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan pengubahan wang haram melibatkan transaksi RM450,347 antara tiga dan dua tahun lalu.
Hazrin Izzuddin Jamaluddin, 44, yang merupakan bapa tunggal membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Badrul Munir Mohd. Hamdy.
Berdasarkan kertas pertuduhan, dia didakwa menerima wang tunai RM450,347 yang merupakan hasil aktiviti pengubahan wang haram ke dalam akaunnya.
Perbuatan itu didakwa dilakukan tertuduh di Bank Islam cawangan Kemaman di sini antara 20 Oktober 2014 hingga 26 Januari 2015.
Hazrin Izzuddin didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 15 tahun dan denda maksimum lima kali nilai hasil aktiviti haram jika sabit kesalahan. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment