Translate

Thursday, April 6, 2017

Pemandu lori maut, dua kelindan cedera parah akibat kemalangan di LPT2

Oleh MOHD. AZLI ADLAN

HULU TERENGGANU - Seorang pemandu lori maut manakala dua kelindannya cedera parah selepas lori membawa muatan tilam yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di Kilometer (KM) 393.8 Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) berhampiran Ajil di sini hari ini.
Dalam kejadian pada pukul 8 pagi itu, Razali Ahmat@ Sebulik, 39, yang putus kaki kiri dan cedera parah di bahagian kepala meningggal dunia serta-merta di lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superitendan Mohd. Adli Mat Daud berkata, dua kelindan lori berkenaan iaitu Mohd. Faizul Mahpan, 43, dan Mohd. Hafiz Tahir, 36, pula mengalami kecederaan parah di kepala.
"Sewaktu kejadian, mereka dalam perjalanan membawa tempatan tilam ke sebuah kedai perabot di Ajil dekat sini dari Batu Pahat, Johor.
"Sebaik tiba di lokasi kejadian, lori yang dinaiki ketiga-tiga mangsa tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan sebelum merempuh pembahagi jalan," katanya kepada Kosmo! di sini hari ini. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment