Translate

Thursday, April 6, 2017

Budak sembilan tahun reka cerita kononnya hampir diculik

KUALA TERENGGANU - Gara-gara mahu menyorok insiden ditangkap kerana disyaki mencuri tabung masjid, seorang murid tahun tiga sanggup mereka cerita kononnya dia hampir diculik di pekarangan sebuah sekolah di Wakaf Mempelam di sini semalam.
Risau dengan keselamatan anak lelakinya itu, seorang jurujual wanita telah membuat laporan polis berhubung dakwaan itu di Balai Polis Chabang Tiga di sini sebelum siasatan polis mendapati ia sekadar rekaan semata-mata.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Wan Abd. Aziz Wan Hamzah berkata, kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun itu memberitahu ibunya yang berusia 27 tahun kononnya dia cuba diculik seorang lelaki sewaktu sedang berjalan pulang ke rumahnya di Kampung Wakaf Mempelam dari sekolah pada pukul 2.10 petang.
"Kononnya, lelaki itu cuba menariknya masuk ke dalam sebuah van berwarna merah sewaktu dia berjalan kaki berhampiran pekarangan sekolahnya. Budak lelaki itu turut mendakwa nampak dua senjata tajam masing-masing parang dan pisau selain dua kanak-kanak perempuan di dalam van berkenaan.
"Dia mendakwa terselamat kerana sempat melarikan diri dan tidak mengalami sebarang kecederaan namun siasatan polis kemudiannya mendapati dakwaan murid tahun tiga itu sebenarnya palsu dan sengaja direka kerana bimbang dimarahi ibunya kerana pulang lambat ke rumah," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment