KUALA TERENGGANU - Jangkitan kuman pada lapisan kulit yang menyebabkan kedua-dua belah kaki membesar dan membengkak sehingga lebih 10 kilogram mengubah diari seorang gadis aktif sejak tiga tahun lalu.
Penyakit yang dideritai Eizan Nadia Zainuddin, 39, (gambar) itu bukan sahaja menyebabkan dia kehilangan pekerjaan sebagai tukang masak kafeteria Hospital Serdang, Selangor malah menghadapi kepayahan berjalan sehingga hampir semua aktiviti harian terpaksa dibantu ahli keluarga.
Menurutnya, penyakitnya bermula selepas dia dimasukkan ke wad Hospital Putrajaya selama lebih sebulan setengah akibat demam panas yang turut menyebabkan kakinya turut berubah kemerahan pada November 2014.
"Saya kemudiannya terlantar ke rumah selama hampir sembilan bulan sebelum mampu bangun semula setelah menerima fisioterapi daripada pakar hospital itu.
"Sepanjang tempoh itu berat badan saya turun mendadak sebanyak 60 kilogram (kg) daripada 248kg kepada 188kg dan kulit badan saya banyak mengendur dan terkena jangkitan kuman pada lapisan kulit," katanya ketika ditemui Kosmo! di rumahnya di Taman Permint Jaya di sini hari ini.
Eizan Nadia berkata, pakar perubatan memberitahu, jangkitan kuman itu menyebabkan lebihan air pada badan akibat penurunan berat badan itu yang sepatutnya dikumuhkan oleh buah pinggang menurun ke kedua-dua belah kakinya sebelum membengkak sehingga 10.6kg setiap satu. - K! ONLINE
Salam ali adlan....terima kasih banyak2 kerana sudi menulis cerita mengenai saya...saya masih lagi dalam rawatan dan siri pembedahan akan di lakukan keatas saya secara berperingkat...keadaan saya ketika ini sudah beransur perlahan sembuh....berat badan saya dari 250 kg dulu sekarang dah 145 kg....So...masih panjang lagi perjalanan saya utk pulih sedia kala...
ReplyDeletealhamdulillah, saya gembira mendengar berita terbaharu ini. semoga proses penyembuhan berjalan lancar.
Delete