KUALA TERENGGANU - Polis mengesahkan kematian seorang pemuda yang ditemui ditimpa dibawah sebuah motosikal jenis Honda EX5 di hadapan sebuah pusat karaoke di Ajil, Hulu Terengganu semalam tidak mempunyai sebarang unsur jenayah.
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd. Adli Mat Daud berkata, keputusan bedah siasat oleh pakar forensik Hospital Hulu Terengganu mendapati masalah jantung merupakan punca kematian Mohamad Adhar Abd. Aziz, 22.
"Mangsa didapati terkena serangan jantung yang menyebabkan dia tiba-tiba rebah sewaktu berlari sebelum merempuh motosikal berkenaan.
"Oleh itu, polis menolak sebarang unsur jenayah dan mengklasifikasikannya sebagai kematian mengejut," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.
Kosmo! Online semalam melaporkan mayat Mohamad Adhar Abd. Aziz, 22, ditemui ditimpa dibawah sebuah motosikal jenis Honda EX5 dengan kesan luka di bahagian kepala.
Berdasarkan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang dipasang di pekarangan pusat karaoke terbabit, Mohamad Adhar didapati telah meluru laju sebelum merempuh motosikal terbabit yang diletakkan di kawasan tersebut. - K! ONLINE
No comments:
Post a Comment