Translate

Wednesday, April 12, 2017

Kadar kemiskinan Terengganu turun 56 peratus

Oleh MOHD. AZLI ADLAN


KUALA TERENGGANU - Penurunan kadar kemiskinan di Terengganu yang menunjukkan perubahan ketara biar pun dalam keadaan ekonomi mencabar mendapat perhatian Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.
Baginda bertitah, berdasarkan data diperolehi pada bulan lalu, seramai 4,500 isi rumah di negeri ini masih dikategorikan dalam kategori kemiskinan berbanding 10,500 isi rumah pada Januari 2016.
"Bilangan (kemiskinan) ini turun dengan mendadak sebanyak 56 peratus. Beta berasa amat sukacita dengan penurunan jumlah isi rumah miskin tersebut.
"Ini menunjukkan pelbagai program dan inisiatif oleh kerajaan (negeri) telah berjaya mengeluarkan golongan ini daripada tarifan kemiskinan," titah baginda ketika merasmikan Istiadat Pembukaan Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Terengganu ke-13 di Wisma Darul Iman di sini hari ini. - K! ONLINE

2 comments:

  1. salam tuan, boleh saya tahu daripada sumber mana data tersebut, kalau link atau nama website dan sebagainya lagi bagus. terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. sumber kadar kemiskinan ini daripada titah pembukaan sidang DUN Terengganu pada April 2017

      Delete