Translate

Saturday, April 8, 2017

Terengganu tewaskan Sabah 2-0

Oleh MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU - Terengganu terus menghimpit rapat pendahulu Liga Premier, Negeri Sembilan selepas menewaskan Sabah 2-0 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu malam ini.
Tuan rumah memperolehi gol awal menerusi sepakan percuma pemain tengah, Mohd. Faiz Mohd. Nasir pada minit ke-32.
Pemain bertubuh kecil itu bijak membuat sepakan lencong dari jarak 20 meter dari pintu gawang lawan yang berjaya memperdaya penjaga gol Sabah, Rozaimie Rohim.
Pertahanan skuad Penyu, Lazaro Vinicius terus menambah luka Sabah menerusi gol kedua tuan rumah pada minit ke-51.
Pemain import kelahiran Brazil itu bijak menggunakan kelebihan fizikalnya menanduk masuk hantaran Adib Aizuddin Ab. Latif di kotak penalti Sabah lalu menewaskan Rozaimie buat kali kedua.
Sabah berpeluang untuk menyamakan kedudukan namun pemain import tengahnya, Sofiane Choubani gagal mencuri kesempatan terbaik biar pun hanya berhadapan satu sama satu dengan penjaha gawang Terengganu, Muhamad Syazwan Yusof pada lewat babak pertama.
Begitu pun, keghairahan pasukan pelawat terencat apabila terpaksa bermain dengan 10 orang selepas pertahanan mereka, Dendy Lowa dilayangkan kad merah selepas mengasari Issey Farran Nakajima pada minit ke-89. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment