KUALA TERENGGANU - Seorang pekerja warga Bangladesh sebuah calet di Pulau Perhentian Besar, Besut didapati meninggal dunia secara mengejut ketika sedang tidur di bilik pekerja calet berkenaan semalam.
Kematian Alimin, 34, yang sudah lima tahun bekerja di chalet berkenaan disedari rakan sekerjanya yang juga lelaki warga Bangladesh pada pukul 6.30 pagi.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd. Zamri Mohd. Rowi berkata, Alimin yang pernah mengadu sakit badan sebelum tidur pada malam sebelumnya didapati sudah meninggal dunia sewaktu dikejutkan rakan sebiliknya, Ahidullah, 40, untuk mengerjakan solat Subuh.
"Sebelum masuk tidur pada pukul 9.30 malam, Alimin mengadu sakit-sakit badan kepada Ahidullah sewaktu mereka sedang makan malam.
"Rakan sebiliknya itu telah menasihatkan Alimin agar berehat di dalam bilik tidur mereka tanpa menyedari apa-apa yang mencurigakan sepanjang malam tersebut," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini. - K! ONLINE
No comments:
Post a Comment