Translate

Wednesday, April 5, 2017

Lawatan kerja dua hari Perdana Menteri ke Terenggganu pertengahan bulan ini

Oleh MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan melakukan lawatan kerja ke Terenggganu selama dua hari bermula 15 April depan.
Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd. Rahman berkata, sepanjang lawatan kerja terbabit, Najib akan turun padang menemui rakyat di tiga daerah iaitu Kuala Nerus, Besut dam Dungun.
Beliau berkata, antara agenda Najib dalam lawatan tersebut ialah menyempurnakan upacara pecah tanah Projek Perumahan Rakyat (PPR) Bukit Nanas, Tepoh yang dijadualkan pada pukul 4.30 petang, 15 April depan.
"Keesokan paginya, beliau akan melancarkan pula upacara pecah tanah projek pemuliharaan muara Sungai Besut di Kuala Besut.
"Perdana Menteri kemudiannya akan melancarkan program Jom Bantu Rakyat peringkat negeri di Santong, Dungun," katanya. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment