Translate

Tuesday, December 12, 2023

Wang ehsan disalur terus kepada rakyat

KEMAMAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyangkal dakwaan Kerajaan Negeri Terengganu kononnya rakyat negeri itu dianak tiri dengan dinafikan hak untuk menerima wang ehsan atau royalti minyak. 

 Beliau menjelaskan, dana hasil petroleum itu tetap dinikmati rakyat Terengganu dengan ia disalurkan secara terus menerusi projek berkaitan kesejahteraan tanpa melalui kerajaan negeri. 

 “Siapa kata tidak dapat (wang ehsan)? Tidak beri kepada dia (kerajaan negeri), langsung kepada rakyat.

 “Saya hendak beritahu kita (Kerajaan Pusat), tidak ambil wang (ehsan) hak Terengganu, Kelantan, Sabah dan Sarawak, tetapi salur ikut keadaan,” katanya pada Ceramah Mega Perpaduan Madani di Geliga, di sini kelmarin. 

 Anwar berkata, banyak projek bagi manfaat rakyat Terengganu telah diluluskan walaupun kadangkala ia tidak dipohon langsung oleh kerajaan negeri seperti tebatan banjir. 

 “Saya ( juga) beri kelulusan segera atasi masalah hakisan dan tanah runtuh di Tasik Kenyir (Hulu Terengganu) RM200 juta. Ada (kerajaan negeri Terengganu) terima kasih? Yillek (tiada).

 “Bagi mereka kita (kerajaan Perpaduan) ini zalim sebab tidak bagi projek untuk wakil rakyat. Projek untuk rakyat tidak penting bagi mereka, yang penting belanja (peruntukan) wakil rakyat (pembangkang),” ujarnya.

No comments:

Post a Comment