Translate

Wednesday, December 6, 2023

Sistem pendigitalan diuji di PRK Kemaman

 

Oleh MOHD. AZLI ADLAN 

KEMAMAN – Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman semalam menjadi medan buat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menguji sistem pendigitalan baharu. 

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani berkata, sistem baharu diperkenalkan yang menekankan elemen pendigitalan petugas itu akan memudahkan pengurusan sesebuah pilihan raya. 

Beliau berkata, butiran lanjut berhubung sistem baharu yang masih dalam peringkat ujian terbabit hanya akan didedahkan dalam masa terdekat. 

“Kita akan umumkan (sistem pendigitalan petugas) selepas ia didapati dapat berjalan dengan baik. 

“Sistem ini masih dalam ujian, kali pertama kita perkenalkan (dalam PRK Parlimen Kemaman),” katanya. 

Beliau berkata demikian selepas meninjau pusat pengundian di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Geliga di sini semalam. 

Abdul Ghani berkata, semua maklumat dalam sistem tersebut akan diteliti oleh ketua tempat mengundi (KTM) setiap pusat pengundian. 

PRK Parlimen Kemaman menyaksikan pertembungan antara calon Barisan Nasional (BN), Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dan Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dari Pas. 

Seramai 141,790 pengundi berdaftar layak mengundi di 49 pusat pengundian di seluruh kawasan Parlimen berkenaan

No comments:

Post a Comment