Translate

Thursday, December 14, 2023

Dr. Sam mahu bawa isu rakyat ke Parlimen

Oleh MOHD. AZLI ADLAN 

KEMAMAN – Ahli Parlimen Kemaman yang baharu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berazam menjadikan Dewan Rakyat sebagai platform suarakan isu-isu rakyat negeri itu terus ke peringkat Persekutuan.

 “Insya-Allah ada perkara-perkara berkait bukan sahaja dengan Parlimen Kemaman tetapi negeri Terengganu sendiri. Saya juga boleh bersama ahli-ahli Parlimen lain (bersuara) untuk kesejahteraan negara,” katanya. 

 Kelmarin, calon Pas itu menang bergaya dengan majoriti yang lebih besar pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman selepas menewaskan calon Barisan Na

 Ahmad Samsuri berkata, majoriti yang dimenangi Pas kali ini lebih besar berbanding Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) walaupun dengan peratusan undi yang lebih rendah. 

 “Target (sasaran majoriti) ditetapkan dalam kalangan pimpinan (Pas) ialah 30,000 (undi), jadi 37,000 ini me lebihi sasaran kita. 

 “Kita jangka keluar mengundi itu sekitar 72 hingga 74 peratus. Walaupun tidak mencapai target (sasaran) atas pelbagai sebab, Alhamdulillah peratus (majoriti) diterima parti lebih daripada jangkauan kita,” katanya ketika ditemui selepas pengumuman keputusan PRK Parlimen Kemaman di sini kelmarin. 

 Seramai 65.76 peratus daripada 141,790 pengundi layak telah menunaikan tanggungjawab mereka pada hari pengundian kelmarin. 

 Sehubungan itu, Naib Presiden Pas tersebut berharap semua pihak mengambil iktibar daripada keputusan PRK Parlimen Kemaman yang terpaksa diadakan semula ekoran petisyen dikemukakan BN di mahkamah. 

 Mahkamah sebelum ini membatalkan kemenangan penyandangnya, Che Alias Hamid dari Pas.

No comments:

Post a Comment