Translate

Sunday, December 24, 2023

Kesihatan Abdul Hadi merosot, terima rawatan

KUALA TERENGGANU – Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dimasukkan ke hospital ekoran tahap kesihatannya yang merosot sejak akhir-akhir ini. 

Anak lelakinya, Muhammad Khalil berkata, bapanya yang juga Ahli Parlimen Marang kurang sihat sejak beberapa hari sebelum Hari Raya Aidiladha pada Khamis lalu. 

Jelas penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Burok tersebut, kesihatan Abdul Hadi semakin stabil setelah menerima rawatan di hospital. 

“Beliau (Abdul Hadi) ditahan wad untuk rawatan biasa dan perlukan rehat selama beberapa hari (lagi) bagi pemantauan doktor. 

“Mohon doa dan solat hajat untuk kesembuhan (Abdul Hadi),” katanya di sini semalam. 

Abdul Hadi yang mempunyai rekod masalah jantung dilihat tidak menyampaikan kuliah agama seperti biasa di Masjid Rusila, Marang pada kelmarin sebaliknya digantikan Muhammad Khalil.

Selasa lalu media melaporkan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu memutuskan Abdul Hadi kekal Ahli Parlimen Marang.

No comments:

Post a Comment