Translate

Monday, December 4, 2023

[TIDAK RASMI] PRK Parlimen Kemaman: Pas mendahului 2,835 undi

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KEMAMAN – Calon Pas, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar sedang mendahului dengan majoriti 2,835 undi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi daripada 30 daripada 249 peti undi yang sudah dibuka, Ahmad Samsuri memperolehi 5,923 undi.

Calon Barisan Nasional (BN), Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor pula mendapat 3,088 undi.

Setakat pukul 4 petang, peratusan yang turun mengundi adalah 60 peratus.

PRK Parlimen Kemaman diadakan berikutan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu membatalkan kemenangan penyandangnya, Che Alias Hamid dari Pas pada 26 September lalu.

Keputusan itu dibuat selepas Hakim Anselm Charles Fernandis mendapati wujud unsur rasuah dalam kempen Pas di kawasan Parlimen terbabit pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada November tahun lalu.

Pada PRU15, Che Alias memenangi kerusi Parlimen Kemaman dengan majoriti 27,179 undi dengan menewaskan tiga calon lain iaitu Datuk Seri Ahmad Said (BN), Hasuni Sudin (Pakatan Harapan) dan Rosli Ab. Ghani (Parti Pejuang Tanah Air). – KOSMO! ONLINE

No comments:

Post a Comment