Translate

Saturday, December 16, 2023

‘Saya tidak salah pilih parti politik’

Oleh MOHD. AZLI ADLAN 

KEMAMAN – Barisan Nasional (BN) merupakan wadah politik terbaik bagi merealisasikan hasrat Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor untuk terus menabur jasa kepada negara dan penduduk daerah ini khususnya. 

 Raja Mohamed Affandi berkata, beliau yakin telah membuat pilihan tepat untuk bersama BN dengan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman dan berharap pengundi juga akan terus memberi sokongan kepada parti berkenaan.

 “Ini (menjadi calon BN) sebahagian daripada payback time (membalas jasa), untuk negara dan Kemaman yang merupakan tempat saya membesar dan kalau boleh mahu mati (dikebumikan) di sini,” katanya kepada Kosmo! ketika mengadakan kempen, di sini kelmarin. 

 Beliau mengulas dakwaan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengakui kehebatan Raja Mohamed Affandi, namun mendakwa calon BN tersebut telah tersalah memilih parti politik. 

 Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu mendakwa, BN kini dalam keadaan lemah ibarat sebuah kapal yang sudah tiga suku karam. 

 Mengulas lanjut, Raja Mohamed Affandi tidak percaya BN yang pernah menerajui negara selama lebih 60 tahun boleh ‘karam’ dengan begitu mudah.

 Beliau penuh yakin kelangsungan BN dalam landskap politik negara ini tidak akan dilenyapkan dengan mudah, malah berupaya untuk bangkit semula. 

“Pengamatan saya, politik ini art of impossible (seni ketidakmustahilan). Banyak perkara boleh berlaku. 

 “Kalaulah betul saya duduk dalam ‘kapal’ yang hendak tenggelam, tiada alasan kapal ini tidak akan diapungkan,” ujarnya. 

Pada PRK Parlimen Kemaman, Raja Mohamed Affandi akan ditentang Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar yang juga Menteri Besar Terengganu daripada Pas.

No comments:

Post a Comment