Translate

Friday, December 8, 2023

Mangsa banjir di Kelantan berkurangan, Dungun pulih

 KOTA BHARU – Jumlah mangsa banjir di Kelantan menurun kepada 470 orang setakat pukul 4 petang semalam. 

Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri berkata, mereka terdiri daripada 145 keluarga yang berlindung di dua buah pusat pemindahan sementara (PPS) di Pasir Mas dan Bachok. 

“Dua PPS di Bachok masih dibuka di Sekolah Menengah Kebangsaan Beris Panchor dan Sekolah Kebangsaan (SK) Jelawat yang menempatkan 155 mangsa. 

“PPS SK Tok Deh di Pasir Mas pula menempatkan 311 mangsa daripada 103 keluarga,” katanya dalam kenyataan semalam. 

Semua sungai utama di Kelantan menunjukkan bacaan normal kecuali Sungai Kelantan di Tangga Krai dan Temangan yang mencatatkan paras berjaga-jaga.

 Di Terengganu, bah semakin pulih apabila seramai 34 mangsa ditempatkan di dua PPS di Kuala Terengganu dan Setiu.

 Dungun pula pulih sepenuhnya Kuala Terengganu masih mempunyai 25 mangsa yang ditempatkan di PPS SK Atas Tol. Sembilan mangsa masih berada di PPS SK Rhu Sepuluh, Setiu. 

Mereka masih belum dibenarkan pulang kerana air masih bertakung di kawasan perumahan masing-masing

No comments:

Post a Comment