Translate

Monday, December 4, 2023

PRK Parlimen Kemaman: Keputusan rasmi Ahmad Samsuri menang dengan majoriti 37,220 undi

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KEMAMAN – Pas secara rasmi mengekalkan kerusi Parlimen Kemaman selepas calonnya,Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen itu dengan majoriti 37,220.

Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Bahagian Kemaman, Ahmad Farhan Abdul Wahab di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Dewan Berlian Utama, Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) di sini sebentar tadi.

Ahmad Samsuri yang juga Menteri Besar Terengganu memperolehi 64,998 undi.

Pencabar beliau iaitu Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dari Barisan Nasional (BN) pula menerima 27,778 undi.

Sebanyak 428 undi telah ditolak.

Sebanyak 65. 76 peratus daripada 141,790 pengundi yang layak telah menunaikan tanggungjawab mereka di 49 pusa pengundian yang mengandungi 249 saluran.

PRK Parlimen Kemaman diadakan berikutan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu membatalkan kemenangan penyandangnya, Che Alias Hamid dari Pas pada 26 September lalu.

Keputusan itu dibuat selepas Hakim Anselm Charles Fernandis mendapati wujud unsur rasuah dalam kempen Pas di kawasan Parlimen terbabit pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada November tahun lalu.

Pada PRU15, Che Alias memenangi kerusi Parlimen Kemaman dengan majoriti 27,179 undi dengan menewaskan tiga calon lain iaitu Datuk Seri Ahmad Said (BN), Hasuni Sudin (Pakatan Harapan) dan Rosli Ab. Ghani (Parti Pejuang Tanah Air). – KOSMO! ONLINE

No comments:

Post a Comment