Translate

Saturday, December 2, 2023

Kebajikan warga Felda keutamaan Kerajaan Perpaduan

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KEMAMAN – Kerajaan Perpaduan komited untuk memartabatkan ekonomi dan pendapatan peneroka tanah rancangan Felda seluruh negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tumpuan akan diberikan bagi menaikkan lagi pendidikan dan kemahiran digital dalam kalangan warga Felda.

Beliau berkata, keutamaan juga diberikan bagi menyelesaikan isu perumahan generasi kedua dan ketiga peneroka.

“Kita hendak kerajaan yang kuat dan stabil kerana apabila politik stabil, kita boleh tambah peruntukan (termasuk kepada Felda,” katanya di Felda Seberang Tayor di sini hari ini.

Beliau ditemui pada majlis Ramah Mesra bersama Komuniti Felda dan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah).

Anwar berkata, kerajaan Perpaduan telah melakukan sebaiknya buat warga Felda walaupun baru setahun mengambil alih tampuk pemerintahan.

Dalam pada itu, beliau berkata, kemiskinan tegar di negara ini telah berjaya dikurangkan kepada 11,000 orang berbanding 130,000 orang sebelum ini.

“Malaysia negara pertama di dunia berjaya menyelesaian isu kemiskinan tegar,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

No comments:

Post a Comment