Translate

Monday, December 4, 2023

PRK Kemaman: 60 peratus sudah keluar mengundi

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KEMAMAN – Sebanyak 60 peratus pengundi berdaftar telah selesai mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman setakat pukul 4 petang tadi.

Berdasarkan data dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), ia peningkatan lima peratus berbanding pukul 3 petang tadi.

Baki pengundi berdaftar masih berpeluang menunaikan tanggungjawab mereka di pusat-pusat pengundian terlibat sehingga pukul 6 petang ini.

Seramai 141,790 pengundi berdaftar layak mengundi PRK Parlimen Kemaman hari ini.

Mereka mengundi di 49 pusat pengundian yang mempunyai 244 saluran yang dibuka di seluruh kawasan Parlimen ini.

PRK Parlimen Kemaman menyaksikan pertembungan antara calon Barisan Nasional, Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dan Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dari Pas. – KOSMO! ONLINE

No comments:

Post a Comment