Translate

Sunday, December 17, 2023

MB akan kuatkan suara di Parlimen

 

KEMAMAN – Calon Pas, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar diyakini akan dapat memainkan peranan dalam memastikan suara rakyat Terengganu lebih kuat di Dewan Rakyat jika memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman. 

Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, kehadiran Menteri Besar (MB) Terengganu di Parlimen bakal memberi kesan positif dalam perjuangan kebajikan rakyat negeri ini di peringkat Persekutuan.

 “Peranan Dr. Sam (Ahmad Samsuri) di Parlimen penting kerana rekod integriti dan kewibaaan beliau di peringkat negeri. 

 “Beliau seorang profesional dan kelayakan akademik cemerlang, sekali gus menangkis tohmahan kononnya Pas hanya untuk golongan ustaz dan agamawan yang tidak mampu mentadbir kerajaan,” katanya di Pejabat Pas Kawasan Kemaman, di sini kelmarin

Azmin juga yakin pengundi Kemaman akan terus memberi kepercayaan kepada Pas untuk mewakili kawasan itu pada PRK kali ini. 

 Beliau berkata, PN optimis Ahmad Samsuri yang juga Naib Presiden Pas bukan sahaja mampu menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, malah akan memperoleh majoriti lebih besar berbanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

 “Lihat kesungguhan beliau membangunkan Terengganu walaupun dalam keadaan sangat sukar,” ujarnya. T

ambahnya, berdasarkan pemerhatiannya, pengundi-pengundi di Terengganu termasuk Kemaman bukan memilih pemimpin yang membawa pembangunan, tetapi berpegang kepada prinsip intregriti dan kebertanggungjawab.

No comments:

Post a Comment