Oleh MOHD AZLI ADLAN
KEMAMAN – Sebanyak 55 peratus pengundi berdaftar telah selesai mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman setakat pukul 3 petang tadi.
Berdasarkan data dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), ia peningkatan 20 peratus berbanding pukul 1 tengah hari itu.
Seramai 141,790 pengundi berdaftar layak mengundi PRK Parlimen Kemaman hari ini.
Mereka mengundi di 49 pusat pengundian yang mempunyai 244 saluran yang dibuka di seluruh kawasan Parlimen ini.
PRK Parlimen Kemaman menyaksikan pertembungan antara calon Barisan Nasional, Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dan Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dari Pas. – KOSMO! ONLINE
No comments:
Post a Comment