Translate

Saturday, December 2, 2023

Raja Mohamed Affandi hebat tapi salah masuk kapal tiga suku karam – Muhyiddin

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KEMAMAN – Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor didakwa ‘tersalah memilih kapal’ apabila bertanding mewakili Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui Raja Mohamed Affandi yang merupakan bekas Panglima Angkatan Tentera (ATM) merupakan pemimpin hebat tetapi tersilap memilih memasuki BN yang dibaratkannya sebagai kapal menunggu masa untuk karam.

“Saya kenal dia (Raja Mohamed Noor), panglima nombor satu dalam tentera, silap dia masuk kapal lain.

“Sekarang kapal UMNO, BN sudah tiga suku tenggelam,” katanya ketika menyampaikan ceramah pada program Santai Bersama Masyarakat di Felda Kerteh 5, di sini hari ini.

Muhyiddin berkata, Raja Mohamed Affandi layak menerima sokongan 100 peratus sekiranya memilih untuk bersama Pas.

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu memberitahu, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri tidak perlu bertanding di Parlimen Kemamam sekiranya Raja Mohamed Affandi memilih bersama Pas.

“Begitupun saya lega Dr. Sam (Ahmad Samsuri) yang dipilih Pas sebagai calon (PRK Parlimen Kemaman).

“Saya selaku Pengerusi PN dan Presiden Bersatu melihat langkah dibuat pucuk pimpinan Pas ini langkah amat penting dan stategik kerana Menteri Besar Terengganu (Ahmad Samsuri) layak diangkat sebagai pemimpin peringkat Pusat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

No comments:

Post a Comment