Translate

Tuesday, December 5, 2023

PRK Kemaman: 35 peratus sudah keluar mengundi

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KEMAMAN – Sebanyak 35 peratus pengundi berdaftar telah selesai mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman setakat pukul 12 tengah hari tadi.

Berdasarkan data dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), ia peningkatan lapan peratus berbanding sejam sebelum itu.

Seramai 141,790 pengundi berdaftar layak mengundi PRK Parlimen Kemaman hari ini.

Mereka mengundi di 49 pusat pengundian yang mempunyai 244 saluran yang dibuka di seluruh kawasan Parlimen ini.

PRK Parlimen Kemaman menyaksikan pertembungan antara calon Barisan Nasional, Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dan Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dari Pas. – KOSMO! ONLINE

No comments:

Post a Comment