Oleh MOHD. AZLI ADLAN
TERENGGANU FC I (TFC I) melengkapkan pembelian pemain import kelima untuk skuad tersebut menghadapi kempen Liga Malaysia musim ini dengan menandatangani pemain Korea Selatan, Lee Jun-hyeob kelmarin.
Pengendali TFC1, Irfan Bakti Abu Salim berkata, Jun-hyeob yang bermain di posisi penyerang merupakan pengganti kepada seorang lagi pemain Korea Selatan, Kim Hyun-woo yang terpaksa digugurkan sebelum ini akibat kecederaan.
“Kita memang mencari pengganti Hyun-woo yang terpaksa diketepikan setelah menghadapai kecederaan lutut yang serius semasa aksi pramusim di Kemboja baru-baru ini.
“Sebelum ini, kita pernah mencuba seorang pemain Korea Selatan, Park Seung-il tetapi dia didapati tidak berapa sesuai dengan corak permainan yang diterapkan TFC I,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui Kosmo! selepas majlis menandatangani kontrak dengan Jun-hyeob di pejabat Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu, Kuala Terengganu kelmarin.
Irfan berkata, beliau tertarik dengan aksi Jun-hyeob yang ketika itu mewakili sebuah kelab Kemboja sewaktu TFC I berkunjung ke negara tersebut untuk menghadapi beberapa aksi pramusim baru-baru ini.
Jun-hyeob berkemungkinan akan diturunkan pada aksi menentang Kelantan di gelanggang lawan malam ini sekiranya bekas pemain muda Korea Selatan itu cergas sepenuhnya.
No comments:
Post a Comment