Translate

Friday, February 9, 2018

'Anak jalanan' ada perakuan JKM kini boleh bersekolah

MOHD. AZLI ADLAN

HULU TERENGGANU - Kementerian Pendidikan kini membenarkan kanak-kanak yang tidak diketahui asal-usul atau dikenali sebagai 'anak jalanan' memasuki sekolah biarpun tidak memiliki dokumen kelahiran lengkap.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, kanak-kanak itu dibenarkan bersekolah di mana-mana sekolah bantuan kerajaan dengan syarat mendapat perakuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau mahkamah berhubung statusnya.

"Sebelum ini, Kementerian Pendidikan telah melonggarkan syarat dengan salah seorang daripada ibu bapa kanak-kanak yang mahu memasuki sekolah itu mestikan warganegara (Malaysia).


"Begitupun, timbul pula isu berkaitan 'anak jalanan' yang tidak diketahui asal-usul dan menetap di rumah kebajikan kelolaan JKM. Kita telah buat keputusan mereka boleh bersekolah asalkan mempunyai perakuan status daripada agensi itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

No comments:

Post a Comment