MOHD. AZLI ADLAN
KUALA NERUS - Batalion ke-18 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) yang ditempatkan di Kem Sri Pantai, Seberang Takir di sini secara rasmi beroperasi sebagai salah sebuah Batalion Infantri Pasukan Aturgerak Cepat (Para) mulai hari ini.
Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zulkiple Kassim berkata, penstrukturan semula batalion terbabit yang sebelum ini merupakan batalion infantri standard bertujuan untuk meningkatkan lagi fungsi dan kesiapsiagaan 10 Briged Para.
"Langkah menstruktur semula Batalion ke-18 RAMD sebagai Batalion Infranstri Para juga bertujuan membolehkan Tentera Darat melaksanakan operasi antara dua wilayah iaitu Semenanjung dan Sabah serta Sarawak secara serentak pada masa depan.
"Penstrukturan semula ini didorong oleh perkembangan geostrategik negara dan rantau ini yang telah melalui perubahan secara berterusan. Komitmen 10 Briged Para sekarang ini amat tinggi, bukan sahaja operasi dalam negara tetapi turut terlibat misi-misi (ketenteraan) di luar negara," katanya di Lapangan Terbang Sultan Mahmud di sini hari ini.
Beliau berkata demikian selepas menyaksikan penyerahan bendera 18 RAMD (Para) oleh Panglima 8 Briged, Brigadier Jeneral Datruk Nazari Abd. Hadi kepada Panglima 10 Briged (Para), Brigadier Jeneral Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim.
Turut hadir Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd. Rahman. - K! ONLINE
No comments:
Post a Comment