Translate

Tuesday, February 6, 2018

Semua staf JKT sertai Gerah

KUALA TERENGGANU – Semua staf Jabatan Kesihatan Terengganu (JKT) yang seramai 11,678 orang kini merupakan ahli Sahabat Gerakan Revolusi Antirasuah (Gerah).

Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu, Mohd. Zaki Hassan berkata, kakitangan JKT menyumbang lebih 50 peratus daripada ke­seluruhan 20,000 ahli Sahabat Gerah yang telah mendaftar di negeri ini.

“Kakitangan JKT juga telah melafazkan Ikrar Bebas Rasuah sebelum ini. Saya kagum dengan komitmen diberikan agensi tersebut yang secara tidak langsung membantu SPRM melaksanakan usaha-usaha pencegahan rasuah di negeri ini de­ngan lebih berkesan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan sijil penghargaan berikutan pencapaian tersebut kepada kesemua enam pengarah hospital dan 16 pegawai kesihatan dan pergigian daerah di seluruh Terengganu di sini semalam.

Turut hadir Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Mohammad Omar.

No comments:

Post a Comment