MOHD. AZLI ADLAN
KUALA TERENGGANU - Kumpulan jenayah yang dikenali sebagai Geng Anak Jin yang dipercayai giat melakukan aktiviti pecah rumah di sekitar bandar raya ini dan daerah Marang berjaya dilumpuhkan berikut penahanan lima anggotanya termasuk seorang wanita baru-baru ini.
Kesemua suspek berusia dalam lingkungan 16 hingga 47 tahun berjaya diberkas dalam serbuan yang dilakukan di beberapa lokasi di Marang pada 19 Disember hingga 4 Januari lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Mohd. Fazlisyam Abdul Majid berkata, siasatan awal mendapati Geng Anak Jin itu dipercayai terlibat dalam sekurang-kurangnya 10 kes pecah rumah di sekitar bandar raya ini dan daerah Marang sepanjang tahun lalu.
"Serbuan untuk memberkas kesemua suspek termasuk seorang wanita berusia 23 tahun turut menjumpai sebuah kamera dan dua lensa, bateri serta speedlight (lampu denyar) jenama Canon yang dipercayai barangan curi.
"Siasatan awal mendapati kumpulan ini juga menyasarkan barangan kemas dan peralatan elektrik yang kemudiannya dijual kepada orang ramai selain wang tunai," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontijen Terengganu di sini hari ini. - K Online!
No comments:
Post a Comment