KUALA NERUS - Majoriti rakyat negeri Terengganu berpuas hati dengan prestasi kerajaan negeri yang diterajui Barisan Nasional (BN) dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini dan keyakinan itu meningkat dari setahun ke setahun.
Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd. Razif berkata, hasil kaji selidik dilakukan beberapa ahli akademik yang dikeluarkan pada November tahun lalu mendapati 61 peratus rakyat negeri itu telah memberi pandangan positif kepada kerajaan.
Beliau berkata, kira-kira 63 peratus pula turut percaya hala tuju kerajaan negeri diterajui BN berada pada landasan yang betul.
"Alhamdullah, angka-angka ini memberi gambaran positif rakyat terhadap kerajaan.
"Sokongan mereka terhadap UMNO dan BN ini memberi keyakinan untuk kita menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14," katanya selepas menyempurnakan majlis pecah tanah bangunan UMNO Kuala Nerus di Gong Badak di sini semalam.
Pada majlis sama, beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus turut melancarkan program Gerak Tempur Tawan Parlimen Kuala Nerus dan jentera pilihan raya parlimen tersebut.
Ahmad Razif berkata, kerajaan negeri juga telah mendapat pendekatan untuk memfokuskan tiga isu utama yang menjadi kebimbangan rakyat Terengganu iaitu peningkatan kos sara hidup, pekerjaan dan perumahan.
Sehubungan itu, katanya, beliau yakin rakyat Terengganu akan memberi mandat keapda BN untuk terus menerajui negeri itu sekali gus memperjuangkan isu-isu yang menjadi keutamaan rakyat.
No comments:
Post a Comment