Translate

Saturday, February 10, 2018

100 peratus kakitangan Jabatan Kesihatan Terengganu menganggotai Sahabat Gerah

MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU - Jabatan Kesihatan Terengganu muncul jabatan kerajaan pertama di negeri ini yang mencapai 100 peratus keahlian 11,678 kakitangannya sebagai ahli Sahabat Gerakan Revolusi Anti Rasuah (Gerah).

Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu, Mohd. Zaki Hassan berkata, keahlian kakitangan Jabatan Kesihatan negeri itu menyumbang lebih 50 peratus daripada keseluruhan 20,000 ahli Sahabat Gerah yang telah mendaftar di negeri ini setakat ini.

"Mereka juga telah melafazkan Ikrar Bebas Rasuah sebelum ini. Saya kagum dengan komitmen diberikan agensi tersebut yang secara tidak langsung membantu SPRM melaksanakan usaha-usaha pencegahan rasuah di negeri ini dengan lebih berkesan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan sijil penghargaan berikutan pencapaian tersebut kepada kesemua enam pengarah hospital dan 16 pegawai kesihatan dan pergigian daerah di seluruh Terengganu di sini hari ini.


Turut hadir Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Mohammad Omar. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment