Translate

Saturday, February 10, 2018

TFC I tidak gentar berdepan Selangor

TERENGGANU FC I (TFC I) tidak gentar menyambut keha­diran pendahulu liga, Selangor pada aksi ketiga Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu malam ini, lapor MOHD. AZLI ADLAN.

Pengendali TFC I, Irfan Bakti Abu Salim berkata, para pemain tidak akan memberi laluan mudah buat Selangor biarpun skuad Gergasi Merah itu dilihat berada pada prestasi terbaik selepas mengutip enam mata selepas berjaya menumbangkan Kuala Lumpur dan Melaka United.

“Keputusan seri dalam dua aksi sebelum ini juga tidak melemahkan semangat kami untuk meraih kemenangan sulung musim ini di hadapan penyokong sendiri esok (malam ini).

“Saya telah menuntut para pemain agar mempamerkan permainan yang lebih agresif bagi menjinakkan Selangor sekali gus mengutip tiga mata di gelanggang sendiri,” katanya ketika ditemui di Kuala Terengganu semalam.

Irfan berkata, beliau telah memperkemaskan barisan per­tahanan bagi mengelak sebarang kesilapan yang boleh mengundang padah kepada pasukan seperti pada aksi menentang Sarawak dan Kelantan sebelum ini.

Bekas pengendali Selangor itu berkata, pada masa sama, barisan serangan perlu lebih tajam tanpa terlalu mengharapkan ketua pasukan, Tchetche Kipre semata-mata untuk meledak gol.

“Pada dua perlawanan sebelum ini, saya lihat beberapa pemain seperti Mohd. Ashaari Shamsuddin gagal memanfaat peluang terhidang. Saya harap mereka dapat menemui semula sentuhan jaringan pada aksi esok (malam ini),” katanya.

No comments:

Post a Comment