Translate

Tuesday, January 3, 2017

Unisza hargai sumbangan pelajar dalam kepimpinan

IKTIRAF. Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) mengadakan majlis Anugerah Kepimpinan Siswa di Dewan Perdana, Unisza, Kuala Nerus, Terengganu baru-baru ini.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) Unisza, Prof. Dr. Nik Wan Omar berkata, anugerah tersebut bertujuan menghargai sumbangan pelajar dari segi kepimpinan dalam persatuan dan program universiti sepanjang tahun ini.

“Sebanyak 18 kategori diadakan seperti Tokoh Siswa, Anugerah Khas Sukan, Anugerah Khas Badan Beruniform, Anugerah Khas Kepimpinan dan Anugerah Sukarelawan dan ia disampaikan oleh Naib Canselor Unisza, Prof. Datuk Dr. Ahmad Zubaidi Abdul Latif,” katanya.

No comments:

Post a Comment