Translate

Tuesday, January 10, 2017

Kelapa sebagai komoditi, penanam bakal terima lebih insentif

HULU TERENGGANU - Pengisytiharan kelapa sebagai tanaman komoditi bukan sahaja mampu meningkatkan pengeluarannya malah memberi manfaat besar kepada pengusaha tananam tersebut di negara ini.
Timbalan Menteri Perusahaan, Peladangan dan Komoditi, Datuk Datu Nasrun Datu Mansur berkata, sebagai tanaman komoditi, lebih banyak bantuan dan insentif akan disalurkan kerajaan kepada pengusaha dan penanam kelapa tersebut secara komersial.
"Industri kelapa akan diberi tumpuan dan mendapat peruntukan khas seperti tanaman komoditi lain seperti kelapa sawit, getah dan koko.
"Selain bertujuan untuk mengatasi kekurangan bekalan kelapa di pasaran,banyak potensi tanaman komoditi tersebut boleh diterokai untuk manfaat pengusahanya," katanya sebagai mengulas pengumuman penubuhan Perbadanan Koko dan Kelapa Malaysia.
Terdahulu beliau ditemui ditemui selepas menyampaikan bantuan mangsa banjir terdiri daripada pekebun dan penoreh getah daripada Lembaga Getah Malaysia di Kampung Tok Lawit, Hulu Telemong dekat sini hari ini.
Kosmo! semalam melaporkan Perbadanan Koko dan Kelapa Malaysia akan diwujudkan bagi menggantikan Lembaga Koko Malaysia dalam usaha untuk meningkatkan pengeluaran kelapa di negara ini. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment