Translate

Thursday, January 12, 2017

Mat gian ditahan curi kabel telekomunikasi

KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki disyaki penagih dadah berjaya diberkas polis Selasa lalu selepas dipercayai mencuri kabel telekomunikasi bernilai RM13,712 di Kampung Raja, Besut.
Dalam kejadian pada pukul 9 pagi itu, suspek berusia 33 tahun yang cuba melarikan diri berjaya ditahan selepas kereta Proton Wira yang dinaikiya berjaya dipintas sepasukan anggota polis di Kampung Bukit Abal, Pasir Puteh, Kelantan.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd. Zamri Mohd. Rowi berkata, kelibat suspek sedang memotong kabel telekomunikasi tersebut di hadapan sebuah bengkel membaiki kenderaan di Jalan Tembila, Kampung Raja, Besut telah dilihat penduduk sebelum diadukan kepada polis.
"Sebaik menerima aduan, sepasukan anggota polis telah bergegas ke lokasi kejadian dengan sebuah kereta peronda. Sebaik tiba, suspek yang masih berada di kawasan itu telah bertindak melarikan diri dengan sebuah kereta Proton Wira.
"Setelah mengejar hampir 40 kilometer, suspek berjaya bertahan selepas kereta yang dinaikinya berjaya dipintas," katanya kepada Kosmo! di sini hari ini. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment