KUALA TERENGGANU - Banjir yang melanda Terengganu sejak 31 Disember lalu pulih sepenuhnya selepas satu-satu pusat pemindahan yang masih beroperasi sebelum ini ditutup sebentar tadi.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Terengganu, Che Adam A. Rahman berkata, seramai 78 mangsa banjir yang ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Durian Mentangau, Dungun pulang ke rumah masing-masing bermula pukul 3.40 petang tadi.
"Bilik Gerakan Bencana Negeri (BGBN) Terengganu akan beroperasi dalam keadaan mood pasif selepas ini sehingga monson Timur Laut berakhir pada bulan Mac depan.
"Begitupun, sekiranya gelombang banjir berlaku semula sepanjang tempoh itu, BGBN akan diaktifkan semula secara serta-merta," katanya kepada Kosmo! hari ini. - K! ONLINE
No comments:
Post a Comment