KUALA TERENGGANU - Aksi sulung Liga Perdana antara Terengganu dan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak FC (PKNP FC) di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di sini malam ini terpaksa ditunda berikutan hujan lebat.
Komisioner perlawanan, Ab. Wahid Ab. Hamid menangguhkan aksi itu pada minit ke-11 sewaktu kedua-dua pasukan masih terikat tanpa jaringan.
"Perlawanan terpaksa dihentikan berikutan faktor padang terlalu becak akibat hujan lebat yang memberi risiko kecederaan kepada pemain.
"Oleh itu, perlawanan tersebut terpaksa ditunda setelah mengambil kira faktor keselamatan pemain," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Abdul Wahid berkata, perlawanan ulangan akan dilangsungkan semula pada satu tarikh yang akan diputuskan oleh pihak Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP). - K! ONLINE
No comments:
Post a Comment