Translate

Wednesday, January 4, 2017

300 peserta sahut cabaran program Pagi Bebas Kenderaan MBKT

GAYA SIHAT. Seramai 300 peminat sukan berbasikal menyahut cabarang dengan menyertai program Pagi Bebas Kenderaan anjuran Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) di Dataran Batu Burok, Kuala Terengganu baru-baru ini.

Datuk Bandar MBKT, Mohd. Zulkifli Abu Bakar berkata, peserta terbabit berbasikal sejauh kira-kira tujuh kilometer mengelilingi bandar raya ini seperti Jalan Kampung Kolam, Hotel Primula, Jalan Sultan Ismail, bangunan MBKT dan Ladang.

Beliau berkata, program yang bertujuan untuk memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan penduduk Kuala Terengganu ini akan diteruskan pada hari Jumaat, minggu kedua setiap bulan.

No comments:

Post a Comment