Translate

Tuesday, January 10, 2017

Mangsa banjir Terengganu tinggal 204 orang

Oleh MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU - Jumlah mangsa banjir Terengganu yang ditempatkan di pusat pemindahan tinggal 204 orang.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Terengganu, Che Adam A. Rahman berkata, hanya dua buah pusat pemindahan iaitu masing-masing satu di daerah Kuala Nerus dan Dungun yang masih dibuka.
"Seramai 126 daripada 38 keluarga masih ditempatkan di pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan Gemuruh, Kuala Nerus.
"SK Durian Mentagau, Dungun pula kekal menempatkan 78 mangsa banjir," katanya kepada Kosmo! di sini hari ini. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment