Oleh MOHD. AZLI ADLAN
KUALA TERENGGANU - Gerakan lebih agresif untuk mencari individu layak divaksin akan dilakukan di tujuh negeri yang masih rendah kadar vaksinasi iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, Kedah, Perak, Sabah dan Johor.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, strategi tersebut bertujuan untuk meningkatkan kadar vaksinasi di semua negeri itu bagi membolehkan sasaran imuniti kelompok pada hujung bulan hadapan tercapai.
"Kita mendapati hampir semua individu (termasuk di tujuh negeri tersebut) yang mendaftar di aplikasi MySejahtera telah mendapat janji temu masing-masing.
"Kita perlu mencari mereka yang tidak mendaftar (menerusi aplikasi MySejahtera) untuk divaksin," katanya selepas memantau program Outreach Vaksinasi Covid-19 di Kampung Losong Feri, di sini semalam. Setakat ini, kadar lengkap vaksinasi di Terengganu ialah 66.73 peratus, Johor (59.2 per atus), Pahang (56.8 peratus), Perak (53.7 peratus), Kelantan (51.4 peratus), Sabah (48.6 peratus) dan Kedah (52.1 peratus).
Adham berkata, selain mem benarkan penerima divaksinasi secara walk-in di pusat pem berian vaksin (PPV) terpilih di semua negeri-negeri tersebut, program outreach juga akan diperbanyak.
Beliau berkata, petugas kesihatan akan bergerak ke lokasi sasaran terutama pedalaman. bagi membantu individu yang sukar ke PPV terutama dalam kalangan orang kelainan upaya (OKU) untuk menerima vaksin Covid-19.
Dalam pada itu, seorang lelaki orang kelainan upaya (OKU), Jasni Azmir Abdullah, 23, teruja selepas menerima dos pertama vaksin yang disuntik sendiri Dr. Adham di rumahnya di Losong Feri, di sini.
No comments:
Post a Comment