Translate

Wednesday, September 15, 2021

21 kes varian Delta, Beta menular di Terengganu

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

MARANG – Kes positif harian Covid-19 yang tinggi di Terengganu sejak akhir-akhir ini dikaitkan dengan penularan varian Delta dan Beta yang sudah semakin merebak ke hampir keseluruhan negeri tersebut.

Pengarah Kesihatan Terengganu, Datuk Dr. Kasemani Embong berkata, dua varian membimbangan (VOC) tersebut telah menular di seluruh daerah di negeri berkenaan kecuali Kuala Nerus.

“Sebanyak 21 kes iaitu 12 melibatkan varian Delta manakala selebihnya sembilan kes varian Beta dikesan di seluruh Terengganu sejak bulan Julai lalu.

“Kes tertinggi kedua-dua varian itu direkodkan di Hulu Terengganu iaitu lima kes diikuti Kuala Terengganu (empat kes), Marang (tiga kes), Dungun dan Kemaman masing-masing dua kes dan Setiu (satu kes),” katanya ketika memantau program outreach vaksinasi di Bukit Payung di sini hari ini.

Terengganu mencatatkan 483 kes harian positif Covid-19 hari ini manakala 704 kes pada semalam.

Kasemani berkata, trend tersebut amat membimbangkan kerana kebolehjangkitan VOC terbabit dalam kalangan masyarakat adalah tinggi.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan masyarakat agar terus mematuhi prosedur operasi standard ditetapkan terutama sewaktu berada di luar rumah. – K! ONLINE

No comments:

Post a Comment