MOHD.AZLI ADLAN
PETANG itu, Che Muktar Bakar, 57, berjoging di pesisir Pantal Batu Burok, Kuala Terengganu yang menjadi rutinnya sejak pelaksanaan Fasa 2, Pelan Pemulihan Negara (PPN) awal Julai lalu.
Larian Pengarah Politeknik Besut itu terhenti sebentar apabila menyedari kehadiran satu objek bercengkerang mendarat di tepi pantai itu pada kira-kira pukul 6.50 petang.
"Objek tersebut naik perlahan lahan ke kawasan pantai dengan mengibas-ngibas kedua sayapnya. Hati saya terdetik, mungkin itu penyu betina yang mahu bertelur. Terkesima saya kerana sudah lama penyu tidak. naik untuk membuat sarang di Pantal Batu Burok, apatah lagi sewaktu hari masih terang," ceritanya kepada Panorama baru-baru ini.
Che Muktar yang menetap di Kubang Parit, Kuala Terengganu berkata, beliau kemudiannya secara berhati-hati merakam video momen penyu itu membuat sarang untuk. bertelur bermula dengan mengorek pasir.
"Saya sentiasa menjaga jarak bagi mengelak penyu agar betina tersebut rasa terganggu sekali gus membantutkan proses bertelur.
"Naluri kebapaan saya tersentuh. Saya sebak apabila melihat penyu betina itu mengerah sepenuh tenaga sehingga kedua-dua matanya berlinang air mata sewaktu proses bertelur."
Che Muktar berkata, beliau tidak menunggu sehingga penyu agar itu selesai bertelur, sebaliknya memutuskan untuk pulang ke rumah apabila masuk waktu solat Maghrib pada pukul 7.21 malam.
Begitupun, lelaki itu kembali semula ke Pantai Batu Burok pada pukul 9.30 malam bagi membantu kakitangan Jabatan Perikanan Terengganu dan anggota pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pemuliharaan penyu mengutip telur reptilia terbabit untuk diselamatkan.
Sementara itu, Pengasas Konservasi Penyu Marang, Rani Awang berkata, penyu betina. dianggarkan seberat kira-kira 100 kilogram tersebut dikenal pasti sebagai spesies agar.
Beliau yang berpengalaman lebih 21 tahun dalam aktiviti pemuliharaan penyu berkata, penyu agar merupakan antara dua spesies penyu selain karah yang masih setia mendarat untuk bertelur di pantal pantai Terengganu saban tahun, tetapi tidak di Pantai Batu Burok.
"Sudah lama Pantai Batu Burok tidak dikunjungi mana-mana spesies penyu untuk bertelur, seingat saya kali terakhir pada 16 tahun lalu. Bukan sahaja spesies agar, spesies karah juga sudah lama tidak mendarat untuk bertelur di Pantai Batu Burok.
"Sebab haiwan reptilia ini 'merajuk mudah untuk kita fahami. Sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula Mac tahun lalu, pantai tersebut terlalu sibuk
dengan aktiviti manusia," ujarnya.
Rani, 62, berkata, selain padat dengan deretan hotel dan resort, Pantai Batu Burok seolah-olah tidak pernah tidur dengan kehadiran pengunjung di deretan geral dan kedai makan di sepanjang 2.5 kilometer pesisirnya.
"Begitupun segalanya berubah akibat penularan Covid-19 sejak awal tahun lalu membuatkan persekitaran pantai ini menjadi sunyi. Inilah hikmah PKP hingga mampu memujuk penyu agar kembali mendarat.
"Saya juga tidak tolak kemungkinan kualiti air di pesisir pantai tersebut juga telah bertambah baik sehingga membolehkan banyak hidupan laut yang menjadi makanan penyu membiak tanpa gangguan," katanya.
Rani percaya suasana sunyi dengan pencahayaan redup remang-remang senja menggamit penyu agar betina itu selesa naik ke daratan pada pukul 6.50 petang.
Terangnya, kebiasaannya penyu betina yang bersedia untuk bertelur akan berlegar-legar berhampiran kawasan pantai sasaran seawal pukul 3 petang sebelum mendarat untuk bertelur.
"Sekiranya situasi sesuai dan tiada gangguan, penyu itu akan mendarat untuk bertelur. Begitupun jika sebaliknya, haiwan yang diancam kepupusan itu rela berenang menuju ke pantai lain yang berhampiran untuk melunaskan hajatnya.
"Maka, tidak hairanlah penyu betina itu dikhabarkan mendarat ke Pantai Batu Burok seawal pukul 6.50 petang. Berdasarkan pengalaman saya, penyu agar betina pernah mendarat di Pulau Kapas, Marang untuk bertelur seawal pukul 6 petang," katanya.
Dalam pada itu, Rani percaya penyu betina yang mendarat itu masih muda dan baru hendak belajar bertelur berdasarkan keupayaannya mengeluarkan hanya 50 biji telur.
Ujarnya, secara purata seekor penyu betina akan bertelur sebanyak tiga hingga lima kali bagi setiap musim mengawan dengan 80 hingga 120 biji untuk setiap pusingan.
"Saya juga dapati sebahagian telur penyu agar yang dikutip itu sedikit ganjil apabila bersaiz lonjong sedang sepatutnya ia bulat bak bola pingpong.
"Apapun, saya berdoa agar sebahagian besar daripada telur yang sudah diserahkan ke Pusat Konservasi dan Pemulihan Penyu Rantau Abang, Dungun itu dieram dan dapat menetas demi kelangsungan spesies berkenaan," katanya.
Rani juga yakin penyu betina sama akan mendarat semula ke Pantai Batu Burok untuk bertelur bagi pusingan seterusnya pada masa terdekat.
Justeru, Konservasi Penyu Marang diterajuinya telah menjalinkan kerjasama dengan Jabatan Perikanan Terengganu untuk memantau pantal itu bagi melancarkan proses penyu terbabit bertelur.
Hikmah PKP, Sang Agar berhenti merajuk
MOHD.AZLI ADLAN
PETANG itu, Che Muktar Bakar, 57, berjoging di pesisir Pantal Batu Burok, Kuala Terengganu yang menjadi rutinnya sejak pelaksanaan Fasa 2, Pelan Pemulihan Negara (PPN) awal Julai lalu.
Larian Pengarah Politeknik Besut itu terhenti sebentar apabila menyedari kehadiran satu objek bercengkerang mendarat di tepi pantai itu pada kira-kira pukul 6.50 petang.
"Objek tersebut naik perlahan lahan ke kawasan pantai dengan mengibas-ngibas kedua sayapnya. Hati saya terdetik, mungkin itu penyu betina yang mahu bertelur. Terkesima saya kerana sudah lama penyu tidak. naik untuk membuat sarang di Pantal Batu Burok, apatah lagi sewaktu hari masih terang," ceritanya kepada Panorama baru-baru ini.
Che Muktar yang menetap di Kubang Parit, Kuala Terengganu berkata, beliau kemudiannya secara berhati-hati merakam video momen penyu itu membuat sarang untuk. bertelur bermula dengan mengorek pasir.
"Saya sentiasa menjaga jarak bagi mengelak penyu agar betina tersebut rasa terganggu sekali gus membantutkan proses bertelur.
"Naluri kebapaan saya tersentuh. Saya sebak apabila melihat penyu betina itu mengerah sepenuh tenaga sehingga kedua-dua matanya berlinang air mata sewaktu proses
bertelur."
Che Muktar berkata, beliau tidak menunggu sehingga penyu agar itu selesai bertelur, sebaliknya memutuskan untuk pulang ke rumah apabila masuk waktu solat Maghrib pada pukul 7.21 malam.
Begitupun, lelaki itu kembali semula ke Pantai Batu Burok pada pukul 9.30 malam bagi membantu kakitangan Jabatan Perikanan Terengganu dan anggota pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pemuliharaan penyu mengutip telur reptilia terbabit untuk diselamatkan.
Sementara itu, Pengasas Konservasi Penyu Marang, Rani Awang berkata, penyu betina. dianggarkan seberat kira-kira 100 kilogram tersebut dikenal pasti sebagai spesies agar.
Beliau yang berpengalaman lebih 21 tahun dalam aktiviti pemuliharaan penyu berkata, penyu agar merupakan antara dua spesies penyu selain karah yang masih setia mendarat untuk bertelur di pantal pantai Terengganu saban tahun, tetapi tidak di Pantai Batu Burok.
"Sudah lama Pantai Batu Burok tidak dikunjungi mana-mana spesies penyu untuk bertelur, seingat saya kali terakhir pada 16 tahun lalu. Bukan sahaja spesies agar, spesies karah juga sudah lama tidak mendarat untuk bertelur di Pantai Batu Burok.
"Sebab haiwan reptilia ini 'merajuk mudah untuk kita fahami. Sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula Mac tahun lalu, pantai tersebut terlalu sibuk
dengan aktiviti manusia," ujarnya.
Rani, 62, berkata, selain padat dengan deretan hotel dan resort, Pantai Batu Burok seolah-olah tidak pernah tidur dengan kehadiran pengunjung di deretan geral dan kedai makan di sepanjang 2.5 kilometer pesisirnya.
"Begitupun segalanya berubah akibat penularan Covid-19 sejak awal tahun lalu membuatkan persekitaran pantai ini menjadi sunyi. Inilah hikmah PKP hingga mampu memujuk penyu agar kembali mendarat.
"Saya juga tidak tolak kemungkinan kualiti air di pesisir pantai tersebut juga telah bertambah baik sehingga membolehkan banyak hidupan laut yang menjadi makanan penyu membiak tanpa gangguan," katanya. Rani percaya suasana sunyi dengan pencahayaan redup remang-remang senja menggamit penyu agar betina itu selesa naik ke daratan pada pukul 6.50 petang. Terangnya, kebiasaannya penyu betina yang bersedia untuk bertelur akan berlegar-legar berhampiran kawasan pantai sasaran seawal pukul 3 petang sebelum mendarat untuk bertelur.
"Sekiranya situasi sesuai dan tiada gangguan, penyu itu akan mendarat untuk bertelur. Begitupun jika sebaliknya, haiwan yang diancam kepupusan itu rela berenang menuju ke pantai lain yang berhampiran untuk melunaskan hajatnya.
"Maka, tidak hairanlah penyu betina itu dikhabarkan mendarat ke Pantai Batu Burok seawal pukul 6.50 petang Berdasarkan pengalaman saya, penyu agar betina pernah mendarat di Pulau Kapas, Maranguntuk bertelur seawal pukul 6 petang. katanya. Dalam pada itu, Rani percaya penyu betina yang mendarat itu masih muda dan baru hendak belajar bertelur berdasarkan keupayaannya mengeluarkan hanya 50 biji telur.
Ujarnya, secara purata seekor penyu betina akan bertelur sebanyak tiga hingga lima kali bagi setiap musim mengawan dengan 80 hingga 120 biji untuk setiap pusingan.
"Saya juga dapati sebahagian telur penyu agar yang dikutip itu sedikit ganjil apabila bersaiz lonjong sedang sepatutnya ia bulat bak bola pingpong.
"Apapun, saya berdoa agar sebahagian besar daripada telur yang sudah diserahkan ke Pusat Konservasi dan Pemulihan Penyu Rantau Abang, Dungun itu dieram dan dapat menetas demi kelangsungan spesies berkenaan," katanya.
Rani juga yakin penyu betina sama akan mendarat semula ke Pantai Batu Burok untuk bertelur bagi pusingan seterusnya pada masa terdekat.
Justeru, Konservasi Penyu Marang diterajuinya telah menjalinkan kerjasama dengan Jabatan Perikanan Terengganu untuk memantau pantal itu bagi melancarkan proses penyu terbabit bertelur
No comments:
Post a Comment