Translate

Thursday, September 16, 2021

74,910 indvidu dewasa Terengganu tanpa vaksinasi dicari

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Kadar vaksinasi lengkap dalam kalangan populasi dewasa Terengganu kini sudah mencecah 70 peratus.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, seramai 90 peratus individu dewasa di negeri tersebut pula telah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin Covid-19.

“Sehubungan itu, kita menyasarkan 90 peratus populasi dewasa Terengganu akan melengkapkan dua dos vaksin Covid-19 dalam tempoh tiga minggu lagi.

“Sekiranya kadar penggunaan katil di unit rawatan rapi (ICU) hospital dalam kalangan pesakit Covid-19 dapat dikawal, Terengganu boleh melangkah ke fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada bila-bila masa,” katanya ketika mengulung perbahasan titah Diraja pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu di sini hari ini.

Ahmad Samsuri berkata, tumpuan kini untuk menjejaki baki 74,910 individu dewasa tempatan yang masih belum menerima janji temu suntikan vaksin Covid-19.

Jelasnya beliau, kebanyakan individu terbabit berada di tiga daerah yang mencatatkan kadar vaksinasi terendah iaitu Besut, Setiu dan Dungun.

“Kita tidak tolak kemungkinan mereka mungkin berada di negeri lain berikutan migrasi pekerjaan atau telah menerima vaksin di daerah lain (tetapi tidak direkodkan).

“Apapun agensi kerajaan terlibat seperti pejabat kesihatan daerah, pejabat tanahdan daerah dan jawatankuasa pembangunan dan keselamatan kampung (JPKK) telah diarahkan mencari mereka seramai mungkin,” katanya. – K! ONLINE

No comments:

Post a Comment