Oleh MOHD. AZLI ADLAN
HULU TERENGGANU - Kerajaan bercadang untuk menetap kan harga siling ayam segar sebagai penyelesaian jangka panjang mengatasi kenaikan mendadak makanan paling popular di negara ini.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Rosol Wahid berkata, mekanisme yang akan diperkenalkan sama seperti harga maksimum minyak masak botol yang dikuatkuasakan baru-baru ini.
"Alasan diberikan pengeluar ialah kenaikan harga makanan ayam diimport. Sehubungan itu, kita bercadang untuk mem beri subsidi kepada sekurang kurangnya 20 penternak berskala besar di negara ini bagi mensta bilkan harga ayam di pasaran.
"Subsidi hanya akan diberikan jika berlaku kenaikan melebihi harga siling ditetapkan kelak," katanya ketika memantau harga ayam di Pasar Ajil di sini semalam.
Rosol berkata, setakat ini, cadangan tersebut masih dalam peringkat advokasi dengan pengeluar-pengeluar utama ayam segar di negara ini.
Jelas beliau, perbincangan lebih lanjut melibatkan Kementerian Kewangan akan dilakukan pada masa terdekat sebelum di jangka dibentangkan pada Bajet 2022.
"Selain itu, ada juga cadangan agar syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk terlibat secara terus dalam pembekalan ayam segar bagi menstabilkan harganya.
"Kita bergantung sepenuhnya (bekalan ayam segar) pada pihak swasta pada waktu ini. Begitupun cadangan itu masih dihalusi," katanya.
Dalam pada itu, Rosol memberitahu, berdasarkan pemantauan anggota penguat kuasa KPDNHEP di seluruh negara sejak Khamis lalu, harga ayam paling tinggi dikesan di Gopeng, Perak iaitu RM11 sekilogram.
"Sebanyak 63 notis mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 telah dikeluarkan rkpada peniaga ayam di seluruh negara sejak 9 September lalu.
"Pada masa sama, sebayak 12 peruncit yang didapati menjual ayam segar terlalu mahal telah diarahkan untuk menurunkan harga serta-merta,"katanya.
Kosmo! 7 September lalu melaporkan harga ayam segar di pasar-pasar awam di seluruh negara mencatat kenaikan ketara sehingga mencecah RM10 sekilogram sejak minggu lalu.
la secara tidak langsung menimbulkan keresahan dalam kalangan pengguna dan peniaga makanan.
No comments:
Post a Comment