Translate

Wednesday, September 15, 2021

100 guru Terengganu enggan divaksin dipujuk

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Seramai kira-kira 100 orang guru dikenalpasti enggan mengambil suntikan vaksin Covid-19 atas pelbagai alasan di Terengganu.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, Jabatan Pendidikan negeri telah diarahkan untuk memujuk guru-guru tersebut untuk menerima suntikan vaksin tersebut secepat mungkin.

“Saya difahamkan sebahagian guru terbabit telah akur mengambil suntikan vaksin Covid-19 tersebut namun ada juga yang masih ‘hardcore’ (tegar).

“Nasihat saya mereka dapat mempertimbangkan (vaksin Covid-19) demi maslahat (usaha yang mendatangkan faedah) dan kebaikan bersama,” katanya di sini hari ini.

Ahmad Samsuri berkata, tindakan guru terbabit yang masih berkeras untuk tidak mengambil vaksin Covid-19 bukan disebabkan alasan masalah kesihatan itu bukan sahaja dikhuatiri memberi kesan buruk kepada masyarakat malah menyusahkan diri sendiri.

Kosmo! semalam melaporkan Kementerian Pendidikan sedang berbincang dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi melihat melihat tindakan selanjutnya kepada kira-kira 2,500 di seluruh negara yang enggan mengambil vaksinasi.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin berkata, pihaknya mengenal pasti dua kumpulan guru yang enggan berbuat demikian dengan sebahagian atas sebab masalah kesihatan manakala sekumpulan lagi melibatkan individu yang memilih untuk tidak divaksinkan. – K! ONLINE

No comments:

Post a Comment