KAJIAN. Institut Oseanografi dan Sekitaran (INOS) Universiti Malaysia Terengganu (UMT) melakukan pelayaran saintifik merentas Laut China Selatan dan Selat Melaka dengan kapal RV Discovery dari Pulau Duyong, Kuala Terengganu baru-baru ini.
Timbalan Pengarah INOS UMT, Prof. Madya Dr. Mohd. Fadzil Mohd. Akhir berkata, pelayaran saintifik tersebut mendapat kerjasama dengan dua agensi pentadbiran kelautan China, First Institute of Oceanography dan National China Sea Marine Forecasting Center.
“Seramai 22 saintis dari negara ini dan China akan melakukan kajian bagi memahami kesan perubahan iklim dan pengaruh musim terhadap arus lautan bagi manfaat industri perikanan dan cari gali minyak,” katanya.
No comments:
Post a Comment