Translate

Thursday, August 30, 2018

Pelajar Turki belajar cara hidup masyarakat kampung di Terengganu

PENGALAMAN. Seramai 43 pelajar Turki yang sedang menjalani program Mobiliti Pemerkasaan Bahasa Inggeris di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) mengadakan lawatan ke Kampung Seri Kenangan, Setiu, Terengganu baru-baru ini.

Dekan Fakulti Pengajian Umum dan Pendidikan Lanjutan UniSZA, Prof. Dr. Ramlee Abdullah berkata, aktiviti tersebut bertujuan untuk mendedahkan pelajar asing terbabit tentang budaya hidup masyarakat kampung di negara ini.

“Pelajar Turki terbabit berpeluang merasai keenakan masakan tradisional Melayu seperti gulai ikan baung, rebung, lemang periuk kera dan lempeng kelapa selain menikmati buah-buahan tempatan seperti durian, rambutan, manggis, duku serta pulasan,” katanya.

No comments:

Post a Comment