Translate

Thursday, August 9, 2018

TFC II kekal bersaing dalam Liga Malaysia musim depan

MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU - Pasukan Terengganu Football Club II (TFC II) kekal bersaing dalam Liga Malaysia musim depan biar pun menunjukkan prestasi buruk sehingga berada di tangga tercorot Liga Premier pada musim ini.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil berkata, badan induk bola sepak Terengganu itu yang kini diterajui Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar bersetuju untuk meneruskan program transformasi berasaskan sistem feeder club (kelab sokongan) yang dilaksanakan kepimpinan terdahulu.

"TFC II akan dikekalkan sebagai feeder club kepada pasukan induk, TFC I yang beraksi di Liga Super dan kini sedang bersaing dalam Piala Malaysia.

"Sehubungan itu, kelab tersebut (TFC II) akan beraksi dalam saingan Piala FAM pada musim depan," katanya selepas menghadiri mesyuarat PBSNT di sini hari ini.


Tengku Farok Hussin berkata, mesyuarat yang dipengerusikan Ahmad Samsuri tersebut turut mengumumkan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Terengganu, Hishamudin Abdul Karim sebagai Timbalan Presiden PBSNT yang baharu. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment