Translate

Monday, August 13, 2018

Pengarah syarikat didenda RM18,000 gagal pulang duit pakej umrah

KEMAMAN - Syarikat Madain Al-Taqwa Travel & Tours Sdn. Bhd. dan pengarah syarikatnya dijatuhi hukuman RM18,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas 12 pertuduhan tidak mematuhi arahan Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) berhubung pembayaran ganti rugi gagal menguruskan pakej umrah pada tahun lalu.

Hakim Badrul Munir Mohd. Hamdy memerintahkan demikian selepas Pengarah Madain Al-Taqwa Travel & Tours Sdn. Bhd. (Madain Al-Taqwa Travel & Tours), Alias Sulaiman mengaku bersalah terhadap 12 pertuduhan berjumlah keseluruhan RM30,900 tersebut selepas kertas pertuduhan dibacakan.

Alias gagal membayar denda tersebut dan telah dihantar ke Penjara Marang untuk menjalani hukuman penjara selama 18 bulan.

Berdasarkan pertuduhan, Alias didakwa gagal mematuhi keputusan TTPM Kemaman di sini untuk memulangkan pembayaran pakej ibadah umrah dikemukakan 27 penuntut yang berjumlah keseluruhan RM147,660 dalam tempoh 14 hari mulai 22 Jun 2017.

Kesemua tuntutan terhadap TTPM yang difailkan antara 8 dan 13 September 2015 tersebut dibuat oleh sebahagian mangsa yang gagal mengerjakan ibadah umrah diuruskan Madain Al-Taqwa Travel & Tours pada tahun 2014 dan 2015.

Alias dan Madain Al-Taqwa Travel & Tours didakwa mengikut Seksyen 117 (1) Akta Perlindungan Pengguna 1999 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya bagi setiap pertuduhan jika sabit kesalahan. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment