Translate

Monday, August 6, 2018

Angkasa mahu bekal makanan halal ke Sukan Olimpik Tokyo

KUALA TERENGGANU – Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) sedang meneroka peluang untuk membekalkan produk makanan halal untuk kontinjen Sukan Olimpik Tokyo pada tahun 2020.

Presiden Ang­kasa, Datuk Abdul Fattah Abdullah ber­kata, pihaknya mendapat permintaan daripada Kesatuan Koperasi Pengguna Jepun (JCCU) untuk membantu mengeksport produk halal keluaran koperasi tempatan bagi keperluan atlet dan pegawai ber­agama Islam sempena temasya sukan terbesar dunia tersebut.

“Angkasa sedang mendapat kerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam untuk membantu koperasi tempatan memenuhi kriteria persijilan halal berhubung urusniaga tersebut yang dianggarkan bernilai jutaan ringgit.

“Sesi perbincangan sedang berlangsung dengan JCCU dan dijangka dimuktamadkan pada tahun hadapan,” katanya pada program Pemerkasaan Strategi Perniagaan Koperasi peringkat Terengganu di sini semalam.

Abdul Fattah berkata, selain persijilan halal daripada Jakim, produk makanan halal yang hendak dibekalkan untuk Sukan Olimpik Tokyo tersebut dikehendaki mengikut piawaian pihak berkuasa Jepun yang agak tinggi.

No comments:

Post a Comment